Techland hari ini telah mengumumkan yang Dying Light 2 telah ditunda sekali lagi dan kini hanya akan tiba pada 4 Februari 2022. Ia sebelum ini diumumkan akan dikeluarkan pada Disember tahun ini.

Mereka mengatakan yang permainan tersebut sudah hampir siap dibangunkan, ia boleh dimainkan secara sepenuhnya tetapi perlukan lebih masa untuk mengujinya dan memastikan ia berada di tahap yang terbaik.

Namun, mereka juga mengumumkan yang pada bulan depan media dan juga pencipta kandungan akan berpeluang untuk mencuba permainan ini di PC dan juga konsol dan berkongsi pendapat mereka.

Dying Light 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini