Netflix dan Pokemon Company telah mengumumkan yang filem seterusnya untuk siri Pokemon iaitu Pokemon the Movie: Secrets of the Jungle akan tiba di Netflix pada 8 Oktober 2021.

Ia adalah filem ke-23 untuk francais ini dan akan membawa pemain ke dalam Hutan Okoya iaitu tempat di mana Pokemon Zarude tinggal dan memerintah dan mempunyai peraturan yang orang luar tidak dibenarkan masuk.

Di dalam hutan tersebut terdapat seorang kanak-kanak bernama Koko yang dibesarkan oleh seekor Zarude, Koko menganggap dirinya adalah Zarude sehinggalah dia berjumpa dengan Ash dan Pikachu.

Sohor Kini