Red Hook Studios telah mengumumkan yang Darkest Dungeon II akan dilancarkan secara akses awal di Epic Games Store pada 26 Oktober ini. Anda boleh layari laman Epic Games Store untuk meletakkan di dalam senarai hajat, tetapi harga masih tidak diumumkan lagi.

Seperti diumumkan pada tahun lepas, Darkest Dungeons II akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Epic Games Store akan tetapi bagi versi akses awal sahaja. Ia akan dikeluarkan di lebih banyak platform untuk versi penuh, namun tidak disahkan berapa lama ia akan berada di dalam akses awal.

Darkest Dungeon II adalah permainan susulan untuk Darkest Dungeon yang dikeluarkan pada tahun 2016. Ia adalah permainan RPG yang memerlukan pemain membawa 4 watak untuk meneroka gua yang direka secara rawak.

Sohor Kini