TGV akhirnya mengumumkan yang mereka akan mula beroperasi semula pada 23 September 2021 dan mengacahkan yang antara filem yang tiba pada tarikh tersebut adalah Black Widow, Malignant, Jungle Cruise, My Love, The Ice Road dan Chinese Doctors.

Pengumuman ini hadir selepas kerajaan telah membenarkan pawagam untuk beroperasi dengan kapasiti 50% dan pengunjung mesti mempunyai vaksin lengkap sejak 9 September lepas, akan tetapi TGV dan GSC memerlukan lebih masa untuk mengikut SOP dan juga mendapatkan filem yang boleh ditayang.

GSC sebelum ini mengumumkan yang mereka akan mula buka pada 16 September di beberapa lokasi, dan dengan lebih meluas pada 23 September. Buat masa ini, GSC tidak mengesahkan lagi filem yang akan ditayangkan pada 16 September ini.

Sohor Kini