Komik Yang Memperkenalkan Spider-Man Terjual RM14 Juta

Spider-man boleh dikatakan mempunyai bulan yang baik, selain treler untuk Spider-man: No Way Home dikeluarkan pada akhir bulan lepas, Insomniac Games juga telah mengesahkan yang Marvel’s Spider-man 2 akan dikeluarkan pada tahun 2023.

Sebelum menjadi satu watak yang dikenali ramai, dan juga watak yang menjadi “pergaduhan” di antara Marvel dan Sony, Spider-man pertama kali diperkenalkan melalui komik berjudul Amazing Fantasy #15 yang ditulis oleh Stan Lee, ia dikeluarkan pada tahun 1962.

Ia menjadi antara komik terlaris untuk Marvel dan 7 bulan selepas itu, watak Spider-man dikembangkan lagi dengan menerima siri baharu iaitu The Amazing Spider-man.

Pada minggu lepas, melalui bidaan yang dianjurkan oleh Heritage Auction’s Signature Comics & Comic Art, komik Amazing Fantasy #15 telah terjual dengan bidaan $3.6 juta (~RM14 juta), komik ini mempunyai kualiti CGC 9.6 dan dikatakan hanya mempunyai 4 salinan yang masih dalam keadaan yang baik dan tiada yang lebih tinggi daripada CGC 9.6.

Selain memperkenalkan Spider-man/Peter Parker, ia juga menjadi komik pertama yang menggunakan judul Amazing Fantasy, siri ini asalnya menggunakan judul Amazing Adventures untuk jilid 1 sehingga 6, ditukar menjadi Amazing Adult Fantasy untuk jilid 7 dan 14.

Sohor Kini