Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan kempen terbaru oleh mereka iaitu “Play Online, Stay Connected” yang akan berlangsung bermula pada 15 September sehingga 17 Oktober 2021.

Melaluinya pemain boleh mendaftar melalui pautan ini dan bermain permainan secara dalam talian untuk mendapatkan pelbagai ganjaran menarik seperti berikut;

  • Game 1: “Stay” Challenge – Semua yang mendaftar akan mendapat barangan untuk Hunter’s Arena: Legend.
  • Game 2: “Connected” Challenge – Apabila jumlah keseluruhan jam bermain oleh pemain yang mendaftar mencecah 300 ribu jam, kesemua yang mendaftar akan mendapat 6 PSN Avatars.
  • Game 3: “Play Online” Challenge – 20 pemain yang mencatat jumlah jam tertinggi di setiap negara akan mendapat Gelas dan Acuan Ais. 3 pemain dengan jumlah jam tertinggi juga akan mendapat baucar PS Store bernilai RM2,050.

Bermula 2 Oktober sehingga 4 Oktober, SIE juga membolehkan pemain untuk bermain secara dalam talian tanpa memerlukan PS Plus (bagi permainan yang memerlukannya).

Akhir sekali, bermula pada 29 September sehingga 26 Oktober, pengguna yang membeli baucar langganan PS Plus 12-bulan ataupun kredit PS Store RM200 melalui pengedar rasmi, mereka boleh dapatkan Acuan Ais (selagi stok masih ada).

Sohor Kini