EA dan Respawn telah mengumumkan acara masa terhad “Revolution” yang akan berlangsung bermula pada 14 September sehingga 28 September.

Acara kali ini memfokuskan kepada watak Rampart yang akan menyertakan perubahan kawasan di dalam peta iaitu Rampart Town Takeover, Heirloom baharu dan kemaskini kepada kebolehan Rampart.

Berikut adalah antara kandungan yang akan disertakan di dalam acara ini;

  • Rampart Arenas Extravaganza – Beberapa senjata akan diberikan ubah-suai di dalam Arenas, ia akan mengantikkan versi awal untuk senjata tersebut oleh itu sedikit lebih mahal untuk digunakan.
  • Rampart Town Takeover – kawasan baharu akan disertakan iaitu Big Maude berhampiran dengan Lava City di World’s Edge. Ia akan menyertakan kawasan paintball, pemain juga boleh mengumpul materials untuk menebus senjata yang telah diubah suai.

Selain itu, Rampart juga akan menerima Heirloom iaitu dalam bentuk sepana paip. Selain itu beberapa Legends juga telah menerima perubahan termasuk juga Rampart, di mana dia kini boleh membawa dan menggunakan Sheila sambil berjalan tetapi terhad kepada 1 magazine sahaja. Ia masih lagi boleh diletakkan ke bawah seperti biasa.

Ini adalah satu perubahan yang baik oleh kerana Apex Legends adalah satu permainan yang sentiasa bergerak, Sheila sebelum ini terhad kepada satu tempat sahaja yang menjadikan ia berguna untuk jangka masa pendek.

Seperti biasa, acara ini juga akan mempunyai “Battle Pass” tersendiri yang memberi peluang untuk pemain mendapatkan kosmetik bagi Lifeline dan juga untuk senjata. Koleksi barangan kosmetik baharu juga boleh diperoleh dan kumpul semua untuk mendapatkan Heirloom buat Rampart.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini