Selepas berbulan-bulan ditutup akibat pandemik Covid-19, pawagam di Malaysia akhirnya dibenarkan untuk beroperasi semula bermula pada 9 September lepas, akan tetapi dua syarikat pawagam utama Malaysia iaitu GSC dan TGV memerlukan sedikit masa untuk bersedia sebelum membukannya.

GSC hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mula buka di beberapa lokasi pada 16 September, manakala TGV mengatakan yang pengumuman akan dilakukan tidak lama lagi.

Bersempena dengan berita baik ini, United International Pictures (UIP) yang mengedar filem-filem Paramount dan juga Universal telah mengumumkan senarai filem yang akan ditayangkan sepanjang tahun ini. Ia adalah seperti berikut;

  • No Time to Die – 30 September
  • Halloween Kills – 14 Oktober
  • Fast & Furious 9 – 21 Oktober
  • A Quiet Place 2 – 28 Oktober
  • Paw Patrol: The Movie – 4 November
  • The Boss Baby: Family Business – 4 November
  • Last Night in Soho – 11 November
  • Candyman – 18 November
  • Dear Evan Hansen – 2 Disember
  • The Addams Family 2 – 9 Disember
  • Sing 2 – 23 Disember

Melainkan kerajaan sekali lagi menukar arahan mengenai pembukaan pawagam di Malaysia, kita boleh katakan yang tarikh-tarikh di atas akan menjadi tarikh yang sebenar dan tidak lagi berubah.

Sohor Kini