VGC telah melaporkan yang pengedar Nintendo Switch telah menurunkan harga untuk konsol Nintendo Switch di Eropah, dan Nintendo telah memberi kenyataan rasmi yang perubahan harga tersebut adalah untuk persedian tibannya Nintendo Switch OLED Oktober ini.

Penurunan harga ini adalah untuk konsol Nintendo Switch sahaja dan tidak melibatkan Nintendo Switch Lite. Di Eropah sebelum ini ia ditawarkan dengan harga €329.99 (~RM1,615) dan kini ditawarkan dengan harga €269.99 (~RM1,321) iaitu dengan penurunan harga lebih kurang RM300.

Sebagai perbandingan, Nintendo Switch Lite ditawarkan dengan harga €200 (~RM978) dan Nintendo Switch OLED €349.99 (~RM1,712) di Eropah.

Buat masa ini perubahan harga ini hanya diumumkan di Eropah tetapi berkemungkinan besar akan turut melibatkan negara-negara lain seperti di Amerika Syarikat dan Jepun. Manakala untuk pengguna di Malaysia, ia bergantung kepada pengedar kerana ia tidak tiba secara rasmi.

Sohor Kini