GSC hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mula membuka semula pawagam pada 16 September 2021 di beberapa lokasi terpilih, antaranya adalah Mid Valley, 1 Utama, MyTown, Nu Sentral.

Untuk senarai penuh anda boleh rujuk ciapan oleh GSC di bawah. Cawangan-cawangan lain akan mula dibuka pada 23 September 2021.

Pawagam di Malaysia telah dibenarkan untuk beroperasi pada 9 September lepas dengan kapasiti 50% dan untuk penerima vaksin lengkap sahaja, akan tetapi GSC dan TGV telah memilih untuk mengambil sedikit masa bagi memastikan dapat mengikut SOP dengan sepenuhnya dan juga untuk menyediakan filem-filem yang boleh ditayang.

Buat masa ini masih tiada pengumuman oleh TGV, kami akan kemaskini jika mereka juga akan mula buka pada tarikh yang sama.

Sohor Kini