Antara permainan indie yang diperlihatkan ketika PlayStation Showcase adalah Tchia iaitu permainan pengembaraan oleh Awaceb, ia akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Tchia adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada penceritaan, aksi dan juga menyelinap. Ia akan menyertakan pelbagai watak menarik dan interaksi dengan pemain.

Di dalam pengembaraan dunia terbuka, pemain juga diperlihatkan boleh memasuki ke dalam badan haiwan dan mengawalnya. Fungsi “Soul Jumping” ini juga boleh dilakukan kepada benda, terdapat 30 haiwan dan benda yang boleh dikawal.

New Caledonia iaitu satu pulau di Oceania menjadi inspirasi kepada permainan ini yang menurut Awaceb, ramai pembangun mereka berasal dari pulau tersebut.

Sohor Kini