Garena telah menganjurkan acara masa terhad untuk Free Fire berdasarkan antara watak popular di dalam permainan tersebut iaitu Moco melalui acara Moco: Rebirth, ia sudah berlangsung sejak 10 September dan akan terus berlangsung sepanjang bulan ini.

Acara ini akan memperkenalkan pemain kepada “Awaken Moco” yang cuba untuk membebaskan rakannya Steffie daripada penjara, semasa percubaan tersebut dia berjumpa dengan kenalan lama yang membawa kepada awaken Moco yang tidak lagi terikat dengan apa-apa.

Acara ini akan memperkenalkan antara muka baharu Coder’s Crib bersama dengan pelbagai aktiviti untuk membolehkan pemain mendapatkan pelbagai ganjaran.

Selain itu, Garena juga mengumumkan acara penstriman Moco Madness pada 17 September ini yang akan melibatkan pencipta kandungan tempatan. Ia boleh ditonton di laman Youtube dan juga Facebook Free Fire.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini