Ubisoft telah mengumumkan secara lanjut mengenai kandungan tambahan yang akan tiba pasca pelancaran Far Cry 6, ini termasuk juga mengenai Pas Semusim. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Seperti diumumkan sebelum ini, pemilik pas semusim untuk Far Cry 6 akan menerima tiga DLC yang membolehkan pemain bermain sebagai watak-watak jahat daripada permainan lepas iaitu Vaas, Pagan dan Joseph.
Ubisoft telah mengumumkan yang tiga DLC ini akan menggunakan sistem roguelite atau “die and retry”, sepanjang permainan pemain akan lebih mengenali watak-watak jahat tersebut. Berikut adalah jangkaan tarikh pelancaran untuk setiap DLC;
Selain itu, pemilik pas semusim juga akan menerima Far Cry 3 Blood Dragon iaitu permainan sampingan untuk Far Cry 3 yang dilancarkan pada tahun 2013 dan The Blood Dragon Set yang akan menyertakan pakaian, senjata dan kenderaan untuk digunakan di dalam Far Cry 6.
Bagi yang tidak merancang untuk mendapatkan pas semusim, Ubisoft juga mengumumkan kandungan tambahan percuma yang akan tiba antaranya Insurgencies secara mingguan, 6 operasi tambahan dan juga 3 acara rentas siri yang akan melibatkan Danny Trejo, Rambo dan Stranger Things.
Far Cry 6 akan dilancarkan pada 7 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.