Nioh Dan Sheltered Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store bermula semalam telah menawarkan dua permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka iaitu Nioh: The Complete Edition dan Sheltered. Ia boleh ditebus sehingga 16 September 2021.

Nioh adalah permainan aksi pengembaraan yang boleh dikatakan sebagai di dalam genre ‘souls-like” yang dibangunkan oleh Team Ninja ia dikeluarkan sejak tahun 2017 secara eksklusif untuk PlayStation 4 sebelum turut dikeluarkan untuk PC.

Epic Games Store: Nioh

Sheltered adalah permainan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh Unicube dan diterbitkan oleh Team 17. Ia dikeluarkan pada tahun 2016 untuk kebanyakan platform. Di dalam permainan ini, pemain perlu mengurus tempat perlindungan.

Epic Games Store: Sheltered

Selepas tawaran ini berakhir, mereka akan menawarkan dua permainan iaitu Speed Brawl dan Tharsis. Selain itu Epic Games Store juga melakukan jualan promosi untuk bulan September yang anda boleh lihat di pautan ini.

Sohor Kini