Remedy Entertainment Dan Epic Games Publishing akhirnya memperlihatkan secara lanjut Alan Wake Remastered yang diumumkan beberapa hari lepas. Treler ini juga mengesahkan yang ia akan dikeluarkan pada 5 Oktober 2021.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Melalui versi Remastered ini mereka akan menyertakan visual yang dipertingkatkan, termasuk juga model watak serta persekitaran. Versi ini juga akan menyertakan permainan asas bersama dengan dua penambahan penceritaan iaitu The Signal and The Writer.
Alan Wake Remastered akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series serta di PC melalui Epic Games Store.