Rockstar Games sebelum ini telah mengumumkan yang Grand Theft Auto V untuk konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series akan dilancarkan pada akhir tahun ini, namun melalui treler terbaru yang dikongsi ketika PlayStation Showcase, ia tampaknya ditunda ke Mac tahun depan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam video terbaru tersebut, diperlihatkan Grand Theft Auto V untuk kempen penceritaan dan juga GTA Online dimainkan di PlayStation 5. Mereka menjanjikan penukaran watak yang lebih pantas dan peningkatan grafik.

Grand Theft Auto V sudah dikeluarkan untuk PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC. Namun, pelayan untuk GTA Online di PS3 dan Xbox 360 akan ditutup akhir tahun ini.

Sohor Kini