Semasa God of War Ragnarok pertama kali diumumkan, mereka sekadar memperlihatkan logo sahaja, dan berita seterusnya yang diterima adalah ia ditunda ke tahun hadapan.

Hari ini, ketika PlayStation Showcase, Santa Monica Studio akhirnya memperlihatkan secara lanjut permainan ini melalui treler terbaru yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam video tersebut, diperlihatkan yang Atreus masih lagi tertanya-tanya mengenai siapa dirinya sebenar, dan pada masa sama cuba untuk meminta Kratos untuk menghalang daripada ‘Ragnarok’ berlaku.

Manakala Kratos masih lagi tidak ingin terlibat lagi dengan tuhan-tuhan di dunia ini, kesan daripada penglibatan mereka pada permainan lepas masih lagi menghantui di dalam permainan ini apabila Freya dan Thor ingin membalas dendam.

God of War Ragnarok akan dikeluarkan pada tahun depan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Ia tidak akan menerima naik taraf percuma, dan kos naik taraf diumumkan sebelum ini berharga $10.

Sohor Kini