Naughty Dog ketika PlayStation Showcase telah mengumumkan Uncharted: Legacy of Thieves Collection untuk PlayStation 5 dan juga PC. Ia akan menyertakan versi penambah-baikkan untuk Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection akan tiba pada awal tahun 2022 untuk PlayStation 5 manakala versi PC yang dibangunkan oleh Iron Galaxy akan tiba tidak lama selepas dikeluarkan untuk PS5.

Dengan pelancaran ini, siri permainan Uncharted akhirnya tiba di platform bukan PlayStation, tetapi mengecewakan tiga permainan pertama Uncharted buat masa ini tidak dibawa ke PC.

Sohor Kini