Aspyr dan Lucasfilm Games ketika PlayStation Showcase telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Star Wars: Knights of the Old Republic Remake, ia tidak menerima tarikh pelancaran. Ia akan dikeluarkan sebagai konsol eksklusif untuk PS5 tetapi turut tiba untuk PC.

Star Wars: Knights of the Old Republic pertama kali dikeluarkan pada tahun 2003 dan masih lagi menjadi antara permainan terbaik untuk dunia Star Wars. Tidak mengejutkan jika versi Remake ini akan dinantikan oleh ramai pemain.

Versi Remake ini sudah beberapa kali diura-urakan, dan ia akhirnya diumumkan secara rasmi. Menurut temubual bersama Aspyr, ia akan dibangunkan semula dengan pelbagai pembaharuan dan akan turut melibatkan bekas-bekas pembangun untuk permainan asal.

Sohor Kini