Selain mengumumkan Marvel’s Spider-Man 2, Insomniac Games juga telah mengumumkan mereka akan hadir dengan satu permainan baharu, dan ia masih lagi permainan Marvel iaitu Marvel’s Wolverine.
Melalui video ringkas yang diperlihatkan, ia sekadar memperlihatkan Wolverine selepas bergaduh dan berakhir dengan mengeluarkan kuku besinya.
Buat masa ini, mereka tidak mengumumkan lagi tarikh pelancaran akan tetapi ia berkemungkinan hanya akan tiba selepas Marvel’s Spider-Man 2 dikeluarkan pada tahun 2023.