Insomniac Games ketika PlayStation Showcase telah mengumumkan secara rasmi yang Marvel’s Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada tahun 2023, buat masa ini ia hanya diumumkan untuk PlayStation 5.

Di dalam video tersebut, ia memperlihatkan Peter Parker dan Miles Morales bersama menjalankan tugas sebagai adiwira. Pengakhiran video, ia juga memperlihatkan Venom yang berkemungkinan menjadi watak penjahat utama di dalam permainan ini.

Selain Marvel’s Spider-Man 2, Insomniac Games juga telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Marvel’s Wolverine.

Sohor Kini