Bukan September ini adalah bulan Batman, kerana pada 18 September akan datang merupakan Hari Batman – Batman Day. Bersempena dengannya, peminat Batman di Malaysia boleh menikmati pelbagai kandungan menarik di platform penstriman dan di saluran terpilih di Astro bertemakan adiwira ini.

9 filem yang melibatkan Batman akan disiarkan di HBO Go Asia, antaranya adalah;

  • Batman
  • Batman Returns
  • Batman Forever
  • Batman & Robin
  • Batman Begins
  • The Dark Knight
  • The Dark Knight Rises
  • Batman v Superman: Dawn of Justice (Ultimate Edition)
  • Zack Snyder’s Justice League

Kemudian sepanjang bulan ini setiap hari minggu pada 7.30 pm pelbagai animasi dan siri TV turut akan disiarkan di saluran Cartoon Network dan juga HBO Go Asia. Siri animasi Teen Titans Go akan hadir dengan episod baharu, kedua-dua musim Pennyworth, Batwoman, atau juga filem-filem Lego DC dan Scooby-Doo seperti yang disenaraikan di bawah;

  • 4/9 – Lego DC Attack of the Legion of Doom!
  • 5/9 – Lego DC Justice League: Gotham City Breakout
  • 11/9 – Lego DC Justice League Vs Bizarro League
  • 12/9 – Lego DC Justice League Cosmic Clash
  • 19/9 – Lego Batman DC Super Heroes Unite
  • 18/9 – Lego DC Batman Family Matters
  • 24/9 – Scooby-Doo & Batman: The Brave and The Bold

Dalam dunia teknologi pula, aplikasi realiti terimbuh (AR) DC: Batman Bat-Tech Edition yang dilancarkan bulan lalu akan menerima kandungan tambahan. Kini terdapat kisah Mr. Freeze dan The Riddler.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di pautan di bawah;

Muat Turun DC: Batman Bat-Tech Edition Di Play Store

Muat Turun DC: Batman Bat-Tech Edition Di App Store

Bagi yang berminat untuk dapatkan barangan eksklusif DC, beberapa rakan kerjasama mereka akan mengadakan jualan khas sempena Batman Day. Jualan akan bermula daripada 20 September sehingga 3 Oktober dengan diskaun sehingga 70%. Berikut adalah kedai-kedai atas talian yang terlibat;

Sohor Kini