Nuverse telah mengumumkan yang acara kolaborasi untuk permainan Ragnarok X: Next Generation bersama dengan siri anime popular iaitu That Time I Got Reincarnated as a Slime kini sudah bermula yang menyertakan pelbagai kandungan baharu.

Acara ini akan berlangsung sehingga 10 Oktober, antara kandungan yang disertakan adalah MVP boss baharu iaitu Storm Dragon dan Orc Disaster. Pemain akan berpeluang untuk mendapatkan kad, coins daripada boss ini untuk menebus pelbagai ganjaran.

Selain itu, pemain juga boleh bermain ‘Slime Fantasy World’ iaitu permainan papan digital yang membolehkan pemain mendapatkan ganjaran berdasarkan pergerakan di kiraan dadu. Pemain boleh dapatkan dadu dengan menyelesaikan misi harian dan misi acara. Di papan tersebut terdapat juga permainan-mini.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini