Pada Mei lepas kami sudah melaporkan yang Warner Bros dan DC bakal hadir dengan filem animasi yang merupakan adaptasi kepada permainan oleh NetherRealm iaitu Injustice: Gods Among Us dan juga novel visual Injustice: Gods Among Us: Year One yang juga adaptasi untuk permainan tersebut.

Hari ini, melalui IGN telah berkongsi treler untuk filem tersebut.

Di dalam filem ini, Joker telah menculik Lois Lane yang sedang mengandung, secara tidak sengaja Superman telah mengakibatkan kematiannya. Marah dengan keadaan itu, Superman mengambil keputusan untuk memerintah bumi dengan kuku besi, sekali gus membuatkan dia menjadi musuh kepada Justice League.

Berikut adalah senarai pelakon untuk beberapa watak yang akan tiba di dalam filem ini;

  • Superman – Justin Hartley
  • Batman – Anson Mount
  • Wonder Woman – Janet Varney
  • Cyborg – Brandon Michael Hall
  • Joker – Kevin Pollak
  • Catwoman – Anika Noni Rose
  • Green Arrow – Reid Scott
  • Harley Quinn – Gillian Jacobs
  • Lois Lane – Laura Bailey

Filem ini diarah oleh Matt Peters, dengan lakon layar di tulis oleh Ernie Altbacker. Jim Krieg, Alyessa Ornelas, Rick Morales dan Sam Register sebagai penerbit.

Injustice akan dikeluarkan pada 19 Oktober secara digital dan juga melalui cakera Blu Ray.

Sohor Kini