Square Enix hari ini telah mengacah satu permainan baharu yang daripada pembangun yang menghasilkan siri permainan Nier dan Drakengard iaitu Voice of Card: The Isle Dragon Roars.

Anda boleh tonton treler acah untuknya di bawah.

Square Enix juga mengumumkan antara yang terlibat dengan permainan ini adalah Pengarah Kreatif Yoko Taro (Drankengard, Nier), Penerbit Eksekutif Yosuke Saito (Nier), Pengarah Muzik Keiichi Okabe (Drakengard 3, Nier) dan Pereka Watak Kimihiko Fujisaka (Drakengard).

Permainan ini dikatakan akan menyampaikan penceritaan dengan cara yang unik melalui penggunaan kad. Namun tiada maklumat lanjut yang dikongsi. Yoko Taro ada mengeluarkan ciapan mengatakan yang ia bukan sebahagian daripada siri Drakengard dan bukan permainan sosial.

Sohor Kini