PlayStation Studios mengumumkan pengambil-alihan studio Firesprite untuk menjadi studio ke-14 di bawah mereka. Firesprite sudah tidak asingkan lagi bagi Sony Interactive Entertainment dengan mereka bersama membangunkan The Playroom dan The Playroom VR sebelum ini.

Mereka juga mengatakan yang beberapa pembangun di dalam Firesprite adalah daripada Studio Liverpool iaitu studio SIE yang ditutup pada tahun 2012, oleh itu ini boleh dikatakan pemulangan semula ke keluarga PlayStation.

Selain The Playroom, Firesprite juga membangunkan Run Sackboy! Run!, Air Force Special Ops: Nightfall dan The Persistence dengan kebanyakan memfokuskan kepada platform PlayStation termasuk juga PSVR.

Sohor Kini