Pada akhir tahun lepas, Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan yang Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung di Hangzhou, China akan menyertakan kejohanan Esukan sebagai sukan yang memberikan pingat. Pertama kali di dalam sejarah penganjuran Sukan Asia.

Hari ini, Asian Electronic Sports Federation (AESF) telah mengumumkan 8 permainan yang akan dipertandingkan pada acara tersebut, ia adalah;

  • Arena of Valor (versi Asia)
  • Dota 2
  • Dream Three Kingdoms 2
  • EA Sports FIFA
  • Hearthstone
  • League of Legends
  • PUBG Mobile (versi Asia)
  • Street Fighter V

Selain itu mereka juga akan menyertakan dua kejohanan akan tetapi sebagai acara persembahan sahaja iaitu Robot Masters dan VR Sports.

Sukan Asia 2022 dijangka akan berlangsung pada 10 sehingga 25 September 2022 yang akan melibatkan 45 negara dari benua Asia.

Sohor Kini