Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan mereka akan hadir dengan berkas PlayStation 4 Mega Pack yang menyertakan konsol dan juga permainan. Ia akan mula ditawarkan pada 14 September ini dengan harga RM1,349.

Berkas ini akan menyertakan konsol PS4 dengan storan 1TB dan juga tiga permainan fizikal iaitu God of War PlayStation Hits, Horizon Zero Dawn Complete Edition dan Ghost of Tsushima. Selain itu, pembeli juga akan mendapat 3 bulan langganan PlayStation Plus.

Anda boleh dapatkan berkas ini bermula pada 14 September di mana-mana pengedar rasmi untuk Sony dan PlayStation.

Sohor Kini