Ubisoft hari ini telah memulakan musim baharu untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege Crystal Guard, seperti diumumkan sebelum ini ia menyertakan operator baharu Osa dan juga perubahan beberapa peta.

Osa adalah Attacker yang menggunakan Talon-8 Clear Shield iaitu perisai lutsinar kalis peliru yang boleh dipasang di mana-mana tempat termasuk juga di pintu dan tingkap.

Osa tidak dapat menggunakan senjata, lari ataupun tunduk semasa perisai di tangan. Osa mempunyai kelajuan dan juga ketahanan yang sederhana dan menggunakan 556 XI atau PDW9 sebagai senjata utama dan PMM sebagai senjata kedua.

Antara peta yang boleh diubah suai peta Bank, Coastline dan Clubhouse juga akan diubah suai untuk memberikan keseimbangan, kemusnahan persekitaran, penyebaran bunyi dan juga pencahayaan yang lebih baik. Ia juga menerima keseimbangan yang lain terutama untuk Operator Twitch, IQ, Fuze dan Mute.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan yang pemain boleh mencuba Tom Clancy’s Rainbow Six Siege secara percuma bermula pada 9 September sehingga 13 September 2021 di semua platform, ia juga ditawarkan dengan potongan harga 80%.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini