Aplikasi Kohai iaitu platform yang memudahkan untuk anda mengajar dan juga belajar bermain permainan video kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia, ia sebelum ini sudah dilancarkan secara beta sejak Mei lepas dan menurut pembangun telah menerima 43 ribu pengguna.

Melalui aplikasi ini yang anda boleh muat turun melalui App Store bagi iOS dan juga Play Store bagi Android (pautan kami sediakan di bawah), anda boleh menjadi “Gamers” ataupun “Partners”.

  • Gamers adalah sesiapa sahaja yang ingin mencari pemain yang lebih berpengalaman untuk bermain bersama dan belajar
  • Partners adalah pemain yang sudah berpengalaman yang bersedia untuk bermain bersama dan mengajar

Gamers boleh memilih dua jenis sesi berbeza iaitu Real-Time Gaming Session dan Scheduled Gaming Session bagi mencari Partners untuk bermain bersama dan belajar daripada mereka. Pemain akan dipadankan dengan Partners mengikut Ranking yang diinginkan.

Bagi Real-Time Gaming Session pemain akan bermain dengan Partners untuk tempoh tertentu dan bayaran adalah RM10 untuk sejam. Manakala Scheduled Gaming Session adalah bagi pemain yang ingin meningkatkan ranking dan bayaran adalah berbeza mengikut permainan (buat masa ini Kohai menyertakan permainan Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile);

  • Mobile Legends Bang Bang
    • Grand Master ke Epic – RM52.60
    • Epic ke Legend – RM68.00
    • Legend ke Mythic – RM84.00
  • PUBG Mobile
    • Bronze ke Silver – RM18.00
    • Silver ke Gold – RM34.00
    • Gold ke Platinum – RM40.00

Partners akan menerima 80% daripada jumlah bayaran yang akan disediakan oleh Kohai.

Muat turun Aplikasi;

Sohor Kini