Activision hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Call of Duty Vanguard yang memfokuskan kepada sesi multi-pemain untuk permainan tersebut. Anda boleh tonton treler ini di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, mod multi-pemain untuk Vanguard akan menyertakan 20 peta semasa pelancaran iaitu 16 peta untuk sesi permainan asas, 4 peta untuk 2v2 Gunfights termasuk juga satu Champion Hill.

Vanguard akan hadir dengan beberapa mod, iaitu yang sudah biasa untuk permainan Call of Duty seperti Team Deathmatch, Kill Confirmed, Domination dan Search & Destroy akan kembali.

Ia juga akan menerima dua mod baharu iaitu Patrol di mana pemain perlu mengikuti satu kawasan yang sentiasa bergerak dan juga Champion Hill yang mempunyai tiga pilihan iaitu 1v1, 2v2 dan 3v3.

Selain itu, pemain kini juga boleh memilih “combat pacing” untuk pengalaman berbeza bagi setiap perlawan, sebelum pemain mencari sesi permainan, pemain boleh memilih combat pacing;

  • Tactical – Mod klasik 6v6
  • Assault – Sesi yang menyertakan lebih ramai pemain, semasa sesi beta ia adalah antara 20 hingga 28 pemain pada satu masa
  • Blitz – Untuk yang inginkan sesi pantas.

Semasa bermain, pemain juga boleh sentiasa menukar senjata melalui sistem loadout yang kini menyokong sehingga 10 attachment bergantung kepada jenis senjata.

Activision juga mengumumkan sesi beta untuk Call of Duty Vanguard akan bermula pada 10 September sehingga 13 September untuk pemain di PlayStation 4 dan PlayStation 5 yang melakukan pra-tempahan.

Sesi seterusnya adalah pada 16 September sehingga 17 September untuk pemain yang melakukan pra-tempahan di Xbox dan PC, dan terbuka untuk semua di PlayStation 4 dan PlayStation 5. Manakala pada 18 September sehingga 20 September ia akan terbuka kepada semua pemain di kesemua platform.

Call of Duty Vanguard akan dilancarkan pada 5 November 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini