Beberapa hari lepas, laman Rakuten Taiwan telah menyenaraikan Alan Wake Remastered dan bersama dengan data yang tertiris daripada Epic Games Store, permainan ini boleh dikatakan akan tiba walaupun tiada pengumuman rasmi.

Hari ini, ia akhirnya diumumkan secara rasmi melalui surat terbuka yang ditulis oleh Sam Lake iaitu penulis utama untuk permainan ini. Menurut surat tersebut, pembangunan Alan Wake Remastered hampir siap dan ia akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Laman Rakuten meletakkan tarikh 5 Oktober, namun dengan tiada tarikh diumumkan lagi ia mungkin satu tarikh yang berbeza.

Alan Wake Remastered akan tiba buat pertama kali untuk di konsol PlayStation iaitu untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Ia juga akan tiba untuk Xbox One dan Xbox Series serta di PC melalui Epic Games Store.

Alan Wake adalah permainan aski pengembaraan di mana pemain menjadi seorang penulis yang cuba mendapat idea untuk novel seterusnya dengan bercuti di Bright Falls bersama dengan isterinya. Namun, Bright Falls adalah satu tempat yang mempunyai pelbagai misteri.

Ia pertama kali dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2010 sebelum turut tiba di PC pada tahun 2012.

Sohor Kini