Square Enix telah mengumumkan yang permainan mudah alih Dragon Quest The Adventure of Dai: A Hero’s Bonds akan dilancarkan pada 28 September sebagai percuma untuk iOS dan Android.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Jika anda berminat, anda juga boleh pra-daftar untuk memuat turun secara terus apabila ia dilancarkan secara rasmi akhir bulan ini. Anda boleh lakukannya melalui App Store untuk peranti iOS dan Play Store untuk peranti Android.

Di dalam permainan ini, pemain akan membentuk pasukan menggunakan tiga watak dan setiap watak akan menyerang mengikut ‘lorong’ ia berada. Pemain boleh mengubah kedudukan setiap watak termasuk juga meletakkan kesemua watak di satu lorong yang sama.

Sohor Kini