Focus Home Interactive merupakan satu nama yang dikenali ramai di dalam industri permainan video dan merupakan penerbit dan pembangun utama di Eropah. Minggu ini mereka telah mengumumkan yang mereka kini akan dikenali sebagai Focus Entertainment.

Ia merupakan langkah awal untuk mengembangkan lagi penawaran studio mereka dengan ‘Entertainment’ menggambarkan yang mereka ingin mempelbagaikan lagi permainan, produk, perkhidmatan dan juga sumber pendapatan.

Entertainment juga menjadi sasaran mereka untuk memberi pengalaman yang unik dengan rekaan permainan video yang inovatif.

Sohor Kini