Sony Interactive Entertainment sebelum ini telah mengumumkan yang perkhidmatan PlayStation Now akan menerima satu permainan Final Fantasy setiap bulan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan.

Bagi bulan ini ia adalah Final Fantasy VII, selain itu, SIE juga telah mengumumkan beberapa lagi permainan yang akan turut disertakan di dalam PlayStation Now pada bulan ini. Berikut adalah senarai permainan yang diumumkan;

  • Tekken 7 (sehingga 28 Februari 2022)
  • Killing Floor 2
  • Final Fantasy VII
  • Windbound
  • Pathfinder: Kingmaker – Definitive Edition
  • Moonlighter

PlayStation Now merupakan perkhidmatan langganan yang membolehkan pemain bermain sebilangan permainan dengan bayaran bulanan. Pemain boleh memuat turun permainan ke konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 ataupun secara strim untuk di PC ataupun bermain permainan konsol generasi lepas.

Ia ditawarkan dengan harga $9.99 sebulan, $24.99 untuk 3 bulan dan $59.99 untuk 12 bulan. Namun, buat masa ini ia masih tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sohor Kini