Tripwire Interactive merupakan penerbit untuk permainan seperti Maneater dan juga Chivalry II, di mana baru-baru ini mereka telah mengumumkan yang Chivalry II telah terjual melebihi 1 juta unti menjadikan ia adalah permainan terlaris untuk siri tersebut.

Prestasi yang baik untuk permainan tersebut tiba-tiba telah dikaburkan oleh satu ciapan oleh CEO mereka John Gibson di Twitter. Di ciapan tersebut beliau memuji keputusan Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat untuk tidak menghalang RUU di Texas yang menyekat pengguran janin selepas 6 minggu.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tripwire Interactive, ciapan yang dikongsi oleh John Gibson tidak menggambarkan pendirian studio tersebut sebagai satu syarikat, dan John Gibson telah meletakkan jawatan sebagai CEO dan Alan Wilson iaitu pengasas bersama akan menjadi CEO sementara.

Di kenyataan berlainan, Shipwright Studios iaitu studio yang berkerjasama dengan Tripwire Interactive juga telah mengumumkan akan membatalkan kesemua kontrak jika tiada tindakan diambil, manakala pembangun Chivalry 2 Torn Banner Studios juga mengatakan yang ciapan oleh John Gibson tersebut tidak menggambarkan pendirian mereka.

Sohor Kini