Larian Studios telah mengumumkan yang permainan RPG Divinity: Original Sin 2 di iPad kini menyokong fungsi rentas simpanan dengan versi di Steam. Ini membolehkan pemain bermain watak dan sesi yang sama di PC dan juga di iPad.

Oleh itu, pemain boleh bermain di PC semasa di rumah dan menyambungnya kemudian di iPad. Larian Studios mengatakan yang proses rentas simpanan ini adalah secara berterusan dan boleh dilakukan tanpa had.

Divinity: Original Sin 2 dilancarkan untuk iPad pada bulan Mei lepas, selain kawalan melalui skrin sesentuh, ia juga menyokong alat kawalan dan juga papan kekunci serta tetikus apabila disambungkan ke iPad. Ia ditawarkan dengan harga RM104.90 di App Store.

Divinity: Original Sin 2 juga sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini