Stardew Valley Cup sudah berjaya dilanjurkan pada minggu lepas, menjadikan ia adalah pertama kali kejohanan esukan rasmi untuk Stardew Valley, di akhir kejohanan tersebut, Eric Barone ataupun ConcernedApe iaitu pembangun untuk permainan ini telah menjawab beberapa soalan daripada pemain.

Di dalam soal jawab tersebut (dilaporkan oleh Eurogamer), beliau ada menyentuh mengenai permainan baharu olehnya, beliau mengatakan yang pengumuman mengenainya mungkin akan dilakukan tidak lama lagi, dan mengesahkan yang ia akan mengekalkan gaya grafik seperti Stardew Valley akan tetapi bukan permainan simulasi berkebun.

Oleh kerana beliau akan memfokuskan kepada pembangunan permainan baharu ini, Stardew Valley juga mungkin tidak lagi akan menerima kemaskini, terutama kemaskini yang besar. Ini tidak mengejutkan kerana ConcernedApe masih lagi membangunkan sebahagian besar Stardew Valley secara berseorangan.

Stardew Valley sudah dikeluarkan Stardew Valley sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini