Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang lima permainan Final Fantasy akan disertakan di dalam PlayStation Now bermula pada bulan ini. Permainan pertama yang disertakan adalah Final Fantasy VII akan tetapi ia adalah versi penambah-baikkan dan bukan olahan semula.

Pada bulan Oktober, PS Now akan menerima Final Fantasy VIII Remastered, diikuti Final Fantasy IX untuk bulan November. Akhir tahun ini, ia akan menerima Final Fantasy X / X-2 HD Remaster dan akhir sekali pada bulan Januari tahun depan Final Fantasy XIII The Zodiac Age akan disertakan.

PlayStation Now merupakan perkhidmatan langganan yang membolehkan pemain bermain sebilangan permainan dengan bayaran bulanan. Pemain boleh memuat turun permainan ke konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 ataupun secara strim untuk di PC ataupun bermain permainan konsol generasi lepas.

Ia ditawarkan dengan harga $9.99 sebulan, $24.99 untuk 3 bulan dan $59.99 untuk 12 bulan. Namun, buat masa ini ia masih tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sohor Kini