Pada awal tahun lepas, Netflix telah mengesahkan yang mereka akan hadir dengan siri aksi nyata untuk One Piece dan telah menempah 10 episod untuk musim pertama.

Hari ini, akaun Twitter Netflix Geeked telah berkongsi gambar yang memperlihatkan muka depan untuk skrip bagi episod pertama yang menggunakan judul Romance Dawn.

Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan ditulis oleh Steve Maeda yang pernah terlibat untuk siri Lost dan The X-Files bersama dengan Matt Owens yang menerbitkan siri seperti Agents of S.H.I.E.L.D dan Luke Cage.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan disiarkan, walaupun laman untuk siri ini telah pun tersenarai di Netflix sejak tahun 2019.

Sohor Kini