Crytek pada bulan Jun lepas telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan Crysis Remastered Trilogy yang akan menawarkan Crysis, Crysis 2 dan Crysis 3 versi Remastered di dalam satu berkas.

Hari ini, minggu ini mereka telah mengumumkan yang berkas tersebut akan dilancarkan pada 15 Oktober 2021 yang secara langsungnya turut mengesahkan yang Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered akan turut dilancarkan pada tarikh yang sama dan boleh didapatkan secara berasingan.

Versi fizikal untuk Crysis Remastered Trilogy juga akan dikeluarkan untuk Xbox dan PlayStation, manakala untuk Nintendo Switch ia akan menerima versi fizikal untuk setiap siri secara berasingan.

Kesemua Crysis Remastered boleh dimainkan dengan resolusi dinamik 1080p sehingga 4K dengan kadar kelancaran 60FPS, ia juga akan membawa tekstur berkualiti tinggi dan juga peningkatan pencahayaan dan juga visual.

Anda boleh tonton video perbandingan di antara permainan asal dengan versi di Xbox Series dan PlayStation 5 di bawah.

Crysis Remastered Trilogy akan dilancarkan pada 15 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered turut ditawarkan secara berasingan pada tarikh tersebut di semua platform termasuk juga Nintendo Switch.

Sohor Kini