Moonton telah mengumumkan yang bersempena ulang tahun ke-5 untuk permainan MOBA mereka iaitu Mobile Legends: Bang Bang mereka akan menganjurkan perlawanan All-Star yang akan melibatkan lebih 60 pemain profesional dan juga pempengaruh.

Pemain ataupun pempengaruh yang terlibat akan bergantung kepada undian orang ramai di mana mereka boleh lakukan melalui di dalam permainan Mobile Legends. Undian bermula pada 3 September sehingga 12 September dengan perlawanan akan berlangsung pada 2 Oktober 2021.

Selain itu, Moonton akan turut melancarkan muzik video baharu berbahasa malaysia. Video acah untuknya akan tiba pada 17 September ini dan video penuh akan dikeluarkan pada 18 September 2021.

Moonton juga akan melancarkan fasa seterusnya untuk kemaskini Projek Next mereka dan kali ini ia akan membawa perubahan kepada UI dan juga beberapa hero iaitu Lancelot, Odette, Hayabusa dan Kagura.

Pemain boleh dapatkan kostum percuma untuk Miya dengan log masuk dan melakukan misi harian bermula pada 21 September sehingga 6 Oktober 2021.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini