Ubisoft telah mengumumkan yang For Honor Musim Ketiga untuk Tahun Kelima iaitu Tempest akan bermula pada 9 September 2021. Mereka mengumumkan antara kandungan yang akan tiba adalah kembalinya Convenant Games.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui Tempest mereka akan hujan dan ribut ke dalam permainan selepas kemarau pada musim yang lepas, ombak besar akan mengelilingi Heathmoor yang akan memberi persekitaran yang berbeza.

Bermula pada 9 September sehingga 30 September, acara masa terhad iaitu Storm Tides akan berlangsung. Pemain boleh bermain melalui Free Event Pass dan mendapat akses kepada pelbagai ganjaran seperti Battle Outfit dan juga senjata baharu.

Untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran, Battle Pass juga boleh dibeli, selain itu, setiap watak juga akan menerima Execution baharu yang boleh didapatkan dengan harga 7,000 Steel.

Sepanjang musim baharu ini, pemain juga boleh bermain acara lain seperti Wrath of the Jormungandr dan juga Covennt Games yang akan membawa kembali ganjaran-ganjaran lepas.

For Honor sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini