505 Games menyambut ulang tahun ke-15 mereka pada tahun ini dan bersempena dengan itu, mereka telah menganjurkan jualan promosi di semua platform untuk permainan-permainan mereka.

Jualan promosi ini sudah bermula di PS Store, Xbox Store, Nintendo eShop, Steam dan Epic Games Store untuk PC, ia akan berlangsung sehingga 25 September 2021.

Antara permainan yang ditawarkan adalah Control: Ultimate Edition, Journey to the Savage Planet, Death Stranding, Ghostrunner, Terraria, Bloodstained: Ritual of the Night dan Assetto Corsa Competizione.

Selain itu mereka juga telah berkongsi satu video ucapan oleh pelbagai nama-nama besar di dalam industri permainan video yang pernah serta sedang bekerjasama dengan mereka termasuk juga Hideo Kojima. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sohor Kini