Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos lepas, Monsta telah menganjurkan pertandingan mewarna untuk peminat-peminat BoBoiBoy iaitu #TemaMerdekaBoBoiBoy secara dalam talian.

Pertandingan ini sudah bermula sejak 25 Ogos dan akan berterusan sehingga 25 September dan mereka juga telah berkongsi beberapa penyertaan yang diterima untuk minggu pertama di mana Monsta mengatakan telah menerima hampir 500 penyertaan dari pelbagai negara.

Anda boleh menyertai pertandingan ini dengan memuat turun gambar melalui pautan ini, dan warnanya sekreatif yang mungkin termasuk juga menambah latar belakang. Kemudian, muat naik karya anda di akaun anda di Instagram, Twitter ataupun Facebook, nyatakan kategori yang ingin disertai bersama dengan negara asal anda. Pastikan guna tagar #TemaMerdekaBoBoiBoy.

Terdapat 4 kategori mengikut umur iaitu Kategori A: Umur 4 hingga 6 tahun, Kategori B: Umur 7 hingga 12 tahun, Kategori C: Umur 13 hingga 17 tahun dan Kategori D: Umur 18 tahun. Mereka akan memilih 15 pemenang yang akan memenangi Set BoBoiBoy Beyond 10 Edition bersempena dengan ulang tahun ke-10 untuk siri tersebut.

Anda boleh layari mana-mana laman sosial untuk BoBoiBoy jika ingin maklumat lanjut serta perkembangan terbaru untuk pertandingan ini.

Sohor Kini