Guerilla Games dan PlayStation Studios sebelum ini telah mengumumkan yang Horizon Forbidden West telah ditunda ke tahun depan akan tetapi mereka juga mengumumkan yang sesi pra-tempahan akan bermula hari ini.

Mereka telah mengumumkan lima edisi untuk Horizon Forbidden West iaitu Edisi Standard, Edisi Digital Deluxe, Edisi Special, Edisi Collector dan Edisi Regalla. Apa yang disertakan adalah seperti berikut;

Edisi Standard berharga RM249 untuk versi PS4, dan RM299 untuk versi PS5, manakala Edisi Digital Deluxe yang hanya ditawarkan di PS Store akan menyertakan permainan Horizon Forbidden West untuk PS4 dan juga PS5 bersama dengan muzik runut, buku komik dan seni, dan barangan di dalam permainan, ia ditawarkan dengan harga RM339.

Edisi Special adalah untuk versi fizikal sahaja dan akan mendapat kesemua barangan Edisi Digital Deluxe kecuali ia mempunyai versi PS4 atau PS5 sahaja bersama dengan SteelBook dan juga buku seni fizikal. Edisi Collector akan menyertakan tambahan figura Tremortusk dan juga Aloy.

Akhir sekali adalah Edisi Regalla yang mempunyai figura seperti Collector tetapi Tremortusk akan mempunyai rekaan berbeza, ia juga akan menyertakan peta, replika untuk Focus dan kad. Buat masa ini harga tempatan untuk Edisi Special, Edisi Collector dan Edisi Regalla tidak diumumkan lagi.

Edisis Collector dan Edisi Regalla juga akan menyediakan kod permainan digital berbanding cakera blu ray.

Horizon Forbidden West akan dikeluarkan pada 18 Februari 2021 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Sohor Kini