Konami telah mengumumkan yang eFootball 2022 (nama yang digunkaan untuk siri tahun ini) akan dilancarkan pada 30 September 2021 sebagai pengenalan kepada siri baharu untuk permainan simulasi bola sepak mereka ini. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Seperti diumumkan sebelum ini, pelancaran pertama ini boleh dikatakan sebagai satu demo untuk eFootball 2022 di mana ia hanya mempunyai 9 kelab iaitu Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Manchester United, Arsenal, Corinthians, Flamengo, Sao Paulo dan River Plate.

Pemain boleh bermain secara luar talian melawan AI ataupun rakan dan juga bermain secara dalam talian di mana buat masa ini ia sekadar menyokong fungsi rentas generasi iaitu Pemain di PS4 boleh bermain dengan pemain di PS5 tetapi tidak dengan pemain di Xbox dan juga PC.

Kandungan tambahan akan tiba sepanjang akhir tahun ini dan juga di masa hadapan, antara kandungan tambahan yang akan tiba adalah Creative Team di mana pemain boleh membina pasukan menggunakan pemain daripada pelbagai kelab.

Match Pass iaitu battlepass untuk eFootball 2022 juga akan tiba, ia akan menawarkan pelbagai ganjaran seperti “Nominating Contract” untuk mendapatkan pemain. Ia ada versi percuma dan juga berbayar iaitu “Advantage Match Pass”.

Selain Nominating Contract yang membolehkan anda mendapatkan mana-mana pemain, terdapat juga Chance Deal yang akan mendapatkan pemain secara rawak. Terdapat 4 jenis pemain yang akan disertakan iaitu Standard, Trending, Featured dan Legendary.

Bagi mod perlawanan pula, mereka akan membawa 5 mod tambahan iaitu Tour Event, Challenge Event, Online Quick Match, Online Match Lobby dan eFootball Creative League.

Bagi versi mudah alih pula, aplikasi PES Mobile 2021 akan menerima kemaskini sekitar akhir tahun ini untuk menjadi eFootball 2022.

Sohor Kini