Computer Entertainment Association (CESA) sebelum ini telah mengumumkan yang Tokyo Game Show 2021 sekali lagi akan dianjurkan secara dalam talian, namun tahun ini mereka juga menyediakan acara fizikal tetapi terhad kepada media dan pempengaruh sahaja.

Bagi penonton yang lain, TGS 2021 akan membawa penstriman bermula pada 30 September sehingga 3 Oktober 2021 yang akan melibatkan syarikat seperti Microsoft, Konami, Capcom, Square Enix dan Mihoyo.

Anda boleh lihat jadual penuh seperti di bawah, ia adalah waktu di Jepun oleh itu perlu tolak satu jam untuk waktu di Malaysia.

Selain itu, TGS 2021 juga akan melibatkan lebih 339 syarikat yang akan berkongsi mengenai produk termasuk juga permainan video di mana sesetengah daripada mereka akan memberikan peluang untuk pemain memuat turun demo. Anda boleh layari laman rasmi TGS untuk senarai penuh.

Bagi pemilik set kepala realiti maya seperti Oculus dan HTC Vive, TGS juga menawarkan pengalaman berlainan iaitu pemain boleh berjumpa dengan pelbagai watak dan juga melawat booth secara maya melalui Tokyo Game Show VR 2021. Ia akan dilancarkan pada 30 September ini, boleh layari TOKYO GAME SHOW VR 2021 untuk maklumat lanjut.

TGS 2021 juga mengumumkan konsert digital iaitu Tokyo Game Music Fes bersempena ulang tahun ke-25 acara ini. Ia akan menyediakan persembahan orkestra untuk lagu-lagu daripada permainan video. Terdapat dua stage iaitu TGS 2021 Special Stage dan TGS25th Anniversary Stage.

Antara muzik-muzik yang akan dimainkan mengikut stage adalah seperti berikut;

  • TGS Special Stage
    • Final Fantasy X
    • Metal Gear Solid 4
    • Genshin
    • Phantasy Star Online
    • Romance of the Three Kingdoms
    • Nobunaga’s Ambition: Shinsei
    • Sonic Colors: Ultimate
    • Monster Hunter
  • TGS 25th Anniversary Stage
    • Sakura Wars
    • Revelations: Persona
    • Atelier Marie/Atelier Ryza
    • Tales of Phantasia
    • Star Ocean
    • Resident Evil
    • Nights Into Dreams
    • Wild Arms
    • Arc The Lad II
    • Suikoden

Anda boleh tonton konsert ini secara digital bermula pada 2 Oktober untuk TGS Special Stage dan 3 Oktober untuk TGS 25th Anniversary Stage dan boleh diulang tonton sehingga 31 Oktober 2021.

Harga tiket untuk kedua-dua stage bersama dengan pelbagai ganjaran lain adalah 8,250 Yen (~RM311.95) ataupun satu stage dengan harga 3,850 Yen (~RM145). Maklumat lanjut dan juga pembelian tiket boleh didapati melalui pautan ini; TGS2021 ONLINE | TGMF (ecchat.live).

Mereka juga mengumumkan stage ketiga iaitu Thumva yang akan mula tiba pada 23 September, tetapi maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi pada pertengahan bulan ini.

Sohor Kini