Pada awal minggu ini kami telah melaporkan yang China mengumumkan peraturan baharu di mana pemain yang berusia bawah 18 tahun hanya boleh bermain sejam antara pukul 8 malam ke 9 malam pada hujung minggu dan hari cuti.

Perkara tersebut secara langsung telah memberi kesan kepada kejohanan esukan di mana pasukan-pasukan yang mempunyai pemain bawah umur akan mengalami kesukaran untuk terus bermain.

Contohnya adalah kejohanan League of Legends Development League (LDL) iaitu kejohanan yang melibatkan pasukan-pasukan akademi. Mereka telah mengumumkan penundaan untuk kejohanan tersebut dan mengumumkan yang pemain-pemain bawah 18 tahun tidak lagi boleh bermain.

Namun dengan jumlah pemain bawah 18 tahun yang terlibat dengan kejohanan esukan tidak terlalu tinggi, ia akan memberi kesan yang kecil, namun masih ada kemungkinan yang akan menjejaskan penglibatan mereka di dalam esukan walaupun selepas berumur 18 tahun.

Sohor Kini