Seperti diacahkan sebelum ini, PUMA akhirnya mengumumkan secara rasmi kerjasama mereka dengan Nintendo melalui permainan Animal Crossing: New Horizons. Melaluinya, mereka hadir dengan pilihan pakaian termasuk juga kasut berdasarkan siri tersebut.

Anda boleh lihat antara rekaan yang ditawarkan melalui gambar di bawah.

Koleksi ini akan ditawarkan di Malaysia di cawangan terpilih iaitu PUMA Mid Valley, Tropicana Garden, Paradigm JB, ATMOS KL (Mid Valley), SoleWhat (The Gardens) bermula pada 18 September 2021 dengan harga bermula RM179 sehingga RM579.

Animal Crossing: New Horizons sudah dilancarkan untuk Nintendo Switch dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Animal Crossing: New Horizons – Permainan Terbaik Untuk Dimainkan Ketika Berkurung Di Rumah.

Sohor Kini